Berita

Status Tanah Perkuburan Kaum India Kampung Bongek akan dikenal pasti segera

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim telah mengadakan satu lawatan ke Tanah Perkuburan Lama Kaum India di Kampung Bongek.

Muhammad Allif bersama ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi tanah perkuburan tersebut, Saudara Rama dan timbalannya Saudara Saravanan Muniandy.

“Masyarakat India tempatan menyuarakan hasrat untuk membersihkan tanah perkuburan ini yang kini telah semak samun dan terbiar.

“Namun, kita perlu mengenal pasti status tanah perkuburan ini, iaiatu sama ada telah diwartakan sebagai tanah perkuburan atau belum.

“Saya akan berbincang dengan pihak berkaitan berhubung masalah tanah perkuburan lama ini,” katanya.

Sementara itu Gunasekaren berkata, beliau akan cuba membantu membuat permohonan agar tanah perkuburan tersebut diwartakan bagi tujuan pengkebumian.

Show More

Related Articles

Back to top button