Berita

RUU Anti-Lompat Parti: Negeri Sembilan sedia adakan Sidang Khas DUN

SEREMBAN: Exco Kerajaan Negeri Sembilan bersedia mengadakan Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, namun perkara ini bergantung kepada proses pelaksanaan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“RUU Anti-Lompat Parti telah diluluskan di Dewan Rakyat.

“Selepas ini perlu diluluskan di Dewan Negara dan seterusnya perlu mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong.

“Apabila RUU ini diwartakan, barulah akan dibawa ke Persidangan DUN untuk dibentang dan diluluskan,” kata Aminuddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Sementara itu, Aminuddin berkata Persidangan DUN akan berlangsung pada 9, 10 dan 11 Ogos ini.

Show More

Related Articles

Back to top button