Berita

Suburkan semangat berkorban di dalam diri,” Aminuddin

Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Sambutan Aidiladha pada tahun ini masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Pengorbanan yang diberikan oleh ‘frontliners’ dalam menangani pandemik ini sangat besar nilainya.

Begitu juga kesabaran rakyat di dalam mematuhi SOP yang digariskan bagi membendung Covid-19, adalah bukti pengorbanan untuk kebaikan bersama.

Semoga setiap pengorbanan yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah SWT sebagaimana Allah telah menerima korban yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s.

Marilah kita terus suburkan semangat berkorban di dalam diri.

Syariat berkorban menegaskan bahawa umat Islam memiliki empati dan simpati antara sesama insan, memperkukuh dan menguatkan hubungan dengan Allah serta mengeratkan hubungan sesama manusia yang secara jelas memperlihatkan penegasan bahawa kebersamaan adalah nilai keutuhan umat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
ADUN Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

20 Julai 2021

Show More

Related Articles

Back to top button