Berita

Suhaimi agih ‘Daging Mantai’ kepada 129 asnaf Lenggeng

LENGGENG: Seramai 129 orang asnaf dari DUN Lenggeng yang berdaftar dengan Baitulmal telah menerima “Daging Mantai” sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

ADUN Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, daging sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah diagihkan kepada 129 asnaf menerusi MPKK DUN Lenggeng.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan lagi beban sekeluarga dalam menempuh cabaran pandemik Covid-19 yang merencatkan kehidupan seharian.

“Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua sahabat-sahabat di DUN Lenggeng yang bersama-sama menjayakan program ini,” kata Suhaimi.

Suhaimi berkata demikian di Program Mantai Asnaf Aidil Fitri 2021 peringkat Negeri Sembilan di Pejabat Dewan Masyarakat Pantai.

Show More

Related Articles

Back to top button