Aktiviti

Suhaimi edar 1,000 pek bubur lambuk di Kampung Pantai dan Taman Panchor

LENGGENG: ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim telah menganjurkan program bergotong-royong memasak bubur lambuk bersama MPKK Pantai dan Panchor.

Suhaimi berkata, program ini dijalankan di dua tempat pada hari yang berbeza iaitu di Dewan Orang Ramai Pantai dan Balai Raya Taman Panchor Fasa 2 dari pukul 9.00 pagi hingga 1.30 petang.

“Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diedarkan di Bazaar Ramadhan Taman Ampangan, Masjid Qariah Pantai dan juga di perkampungan Orang Asli Pantai.

“Program ini bertujuan untuk membina semangat perpaduan antara semua pihak yang terlibat dalam gerak kerja berjemaah ini bagi membentuk kesejahteraan di antara wakil rakyat, MPKK dan juga komuniti di sini.

“Dengan adanya program sebegini, semoga kesejahteraan bersama ini dapat lagi menguatkan semangat jemaah untuk terus memupuk perpaduan di antara kita semua,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button