Berita

Suhaimi: Jalan penyelesaian isu CCC Bandar Tasik Senangin sedang diusahakan

LENGGENG: ADUN Lenggeng, YB Ustaz Hj Suhaimi Kassim telah mengadakan satu pertemuan dengan sebahagian pemilik rumah Fasa 2 dan Fasa 3, Bandar Tasik Senangin yang menghadapi masalah mendapatkan Certificate Of Completion And Compliance (CCC) sejak 10 tahun lepas.

Suhaimi berkata, lebih kurang 400 pemilik kediaman di taman perumahan ini masih tidak dapat kunci rumah kerana taman perumahan ini masih belum dapat CCC.

“Justeru, saya telah mengadakan perbincangan dengan sebahagian penduduk yang terlibat dan mereka bersetuju untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan menilai satu persatu masalah rumah yang masih belum mendapat CCC dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak Majlis Bandaraya Seremban.

“Isu ini bermula apabila pemaju gagal menyiapkan kemudahan Infrastruktur asas yang menjadi syarat penting bagi mendapatkan. Ia diturunkan lagi apabila Kontraktor Utama bertukar tangan beberapa kali sebelum taman perumahan ini disiapkan.

“Sebagai penasihat sekretariat, saya akan berusaha membantu penduduk untuk mendapatkan CCC,” kata Suhaimi.

Suhaimi berkata, pihak Majlis Bandaraya Seremban memaklumkan, isu untuk mendapatkan CCC ini akan diselesaikan satu persatu mengikut kepada isu di setiap unit rumah.

Show More

Related Articles

Back to top button