Berita

Suhaimi: Masjid Ulu Beranang akan dibina semula

LENGGENG: ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook telah meninjau keadaan Masjid Ulu Beranang.

Suhaimi berkata, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah melihat sendiri keadaan masjid ini yang kelihatan uzur dengan struktur kayu telah dimakan anai-anai dan struktur bangunan yang kelihatan senget dan tidak kukuh.

“Beliau berkata bahawa masjid tersebut perlu dibina semula memandangkan banyak kerosakan yang berlaku dan ini membabitkan soal keselamatan jemaah.

“YAB Menteri Besar bercadang untuk peruntukkan sejumlah dana bagi kerja pembinaan semula dan akan mengekalkan reka bentuk asal masjid tersebut,” jelas Suhaimi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button