Aktiviti

Sukarelawan DUN Ampangan proaktif membaikpulih rumah asnaf

AMPANGAN: Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan melalui Program Gotong Royong Mesra Rakyat telah membaikpulih sebuah rumah keluarga asnaf di Kampung Baru Blok C, Ampangan.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Abd Malek berkata, rumah tersebut terpaksa dibaikpulih kerana menghadapi masalah air hujan yang memasuki ke rumah akibat bumbung yang sudah rosak.

“Alhamdulillah, keluarga ini sudah boleh merasa lega kerana tiada lagi masalah kebocoran yang menghantui kehidupan mereka sebelum ini apabila setiap kali hujan turun.

“Usaha ini juga merapatkan hubungan silaturrahim sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan dengan masyarakat setempat di Kampung Baru Blok C, Ampangan,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan mengambil langkah proaktif untuk membantu golongan fakir miskin di Ampangan dengan mengenalpasti masalah mereka serta mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

“Mengadakan aktiviti gotong royong seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat,” ujar beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan.

Show More

Related Articles

Back to top button