Berita

ADUN Seremban Jaya buka kaunter permohonan JKM

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya kini menyediakan perkhidmatan pemudah cara bagi masyarakat tempatan yang ingin memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, pejabatnya menyediakan perkhidmatan dua kali sebulan setiap hari Khamis.

“Pejabat saya memberi peluang kepada para pemohon dari DUN Seremban Jaya berurusan sendiri dengan pegawai JKM, Encik Raj Kumar berkaitan urusan permohonan bantuan JKM.

“Saya juga turut berkesempatan menyantuni para pemohon JKM yang hadir bagi mendapatkan bantuan JKM,” jelas Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button