Berita

Sukses: Pengusaha ternakan ikan dibantu Bakri kini jana pendapatan

TAMPIN: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir telah mengadakan lawatan susulan ke kolam ternakan ikan keli dan patin milik Encik Abdul Razak Majid di Kampung Keru.

“Pada bulan Julai yang lalu, kolam ternakan ikan air tawar Abdul Razak telah mengalami kemusnahan akibat kerja-kerja pengorekan pasir haram di kawasan berhampiran kolam beliau.

“Setelah tindakan diambil oleh Jabatan Pertanian, Abdul Razak telah mula mengusahakan kembali kolam ternakan ikan beliau dan menjana semula pendapatan,” kata Bakri.

Bakri turut menyampaikan sumbangan kewangan Kerajaan Negeri kepada Abdul Razak.

Bakri berkata, beliau dan jabatan di bawah portfolio beliau akan sentiasa membantu mana-mana usahawan yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan di dalam bidang perikanan ini.

“Semoga sumbangan ini memberikan galakan kepada beliau agar terus mengusahakan ternakan ikan beliau.

“Abdul Razak merupakan salah seorang pembekal terbesar ikan keli dan patin di Negeri Sembilan.

“Salah seorang pembeli tetap beliau adalah dari Persatuan Usahawan Penjaja Kecil Negeri Sembilan,” ujar Bakri.

Turut hadir Persatuan Usahawan Penjaja Kecil Negeri Sembilan, Encik Hanif.

 

Show More

Related Articles

Back to top button