Berita

Sumbangan kerusi roda ceriakan pesakit kencing manis

SERTING: Sumbangan kerusi roda dari Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli; menceriakan seorang pesakit kencing manis, Saudara Badullah Derisa, 59, dari Felda Raja Alias 4.

“Badullah menghidapi penyakit kencing manis dan masalah urat saraf di kedua-dua kakinya yang menyebabkan beliau tidak mampu berjalan/

“Justeru, sumbangan kerusi roda ini akan memudahkan pergerakan beliau tanpa bantuan ahli keluarga.

“Ternyata keceriaan di wajah Saudara Badullah selepas menerima kerusi roda ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kerusi roda ini,” ujar Abdul Rahman.

Menurut Abdul Rahman, beliau sentiasa turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada pesakit kronik dan prihatin dengan permasalahan penduduk di DUN Serting.

Show More

Related Articles

Back to top button