Berita

Masjid Taman Politeknik PD medium galak belia ke masjid

PORT DICKSON: Masjid Taman Politeknik Port Dickson mampu dijadikan medium untuk menggalakkan belia ke masjid.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini demikian kerana lokasi masjid tersebut yang berdekatan dengan Politeknik Port Dickson.

“Pelbagai program keagamaan boleh dilakukan bagi mendekatkan para belia.

“Selain itu dapat membina anak muda yang mencintai akan masjid.

“Kita dapat mengambil contoh saudara Islam kita yang berada di Palestin.

“Walaupun diserang oleh rejim zionis, mereka tetap teguh untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button