Aktiviti

Arul Kumar sumbang kuih raya kepada ‘Frontliners’

600 balang kuih kepada anggota polis, klinik kesihatan dan bomba

NILAI: YB Arul Kumar Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam telah menyampaikan 600 balang kuih raya kepada ‘Frontliners’ yang terdiri daripada anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai, Balai Polis Mantin dan Nilai, Klinik Kesihatan Nilai dan Mantin, Balai Bomba Mantin dan Nilai.

Ini adalah salah satu inisiatif daripada Pejabat Ahli Parlimen Seremban YB Loke Siew Fook untuk menghargai jasa dan sumbangan ‘Frontliners’ kita dalam mengawal wabak Covid-19.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita semua duduk dalam rumah #stayathome.

“Tetapi mereka inilah yang melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah panas terik matahari, mereka inilah bertungkus lumus dalam memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit Covid-19, mereka inilah yang telah berhempas pulas untuk mengawal penularan wabak ini.

“Justeru, wira dan wirawati ini harus dihargai. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan lagi sambutan Aidil Fitri pada tahun ni,’ kata YB Arul Kumar.

 

Show More

Related Articles

Back to top button