Berita

Sumbangan RM50,000 untuk rumah ibadat Bukan Islam DUN Linggi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 kepada empat rumah ibadat Bukan Islam di DUN Linggi.

“Permohonan bantuan untuk tokong-tokong tersebut telah dipohon melalui pejabat saya dan telah mendapat kelulusan dari Exco Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pengurusan dan penganut tokong tersebut,” kata Rusli.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan ini Arul Kumar.

Rumah ibadat Bukan Islam DUN Linggi yang menerima sumbangan kewangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

1. Pertubuhan Pengikut Tokong Kung Yam MA LHS.

2. Pertubuhan Pengikut Buddha Dhamma Sagaranna NS.

3. Persatuan Pengikut Na Tok Kong.

4. Pertubuhan Pengikut Tokong Kwang, Pasir Panjang.

Show More

Related Articles

Back to top button