Berita

Sungai Lui: 41 pelajar miskin terima Bantuan Anak Sekolah

Jumlah bantuan sebanyak RM550

SUNGAI LUI: Seramai 41 murid Darjah 1 hingga Darjah 6 dan pelajar Tingkatan 1 yang kurang berkemampuan dari DUN Sungai Lui telah menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) dari Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir.

Dalam Majlis Penyampaian Bantuan Anak Sekolah di Dewan Felda Kampung Felda Pasoh 3, Zainal Fikri telah menyerahkan bantuan B.A.S sebanyak RM300 untuk Fasa 1.

“Baki RM250 (Fasa 2) akan diserahkan pada bulan Oktober ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang akan diterima oleh pelajar atau ibubapa yang miskin adalah sebanyak RM550.

“Pemilihan penerima ini berdasarkan kepada senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS ) bersumberkan keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Semoga dengan bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak untuk perbelanjaan persekolahan mereka,” kata Zainal Fikri.

Seramai 41 penerima ini adalah dari sepuluh buah sekolah di dalam DUN Sungai Lui.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo, Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 2, Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3, Sekolah Kebangsaan Felda Lui Timur, Sekolah Kebangsaan Felda Lui Selatan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Air Hitam, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Air Hitam, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lui Selatan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol.

Show More

Related Articles

Back to top button