BeritaMenarik

Liputan 5G di luar bandar dan peranti satelit Starlink di perkampungan Orang Asli

PERTANG: Exco Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias menyahut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini mendapat liputan telekomunikasi teknologi 5G pada pertengahan tahun 2024, dan 85 peratus menjelang akhir tahun 2024.

“Saya berharap Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memberi perhatian yang optimum kepada keperluan masyarakat luar bandar di Negeri Sembilan.

“Ini kerana, Negeri Sembilan merupakan salah satu negeri yang sedang bergerak maju dan laju dalam memberi keseimbangan kemodenan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Selaku wakil rakyat di kawasan luar bandar juga, saya sendiri merasai keperluan mendesak untuk capaian internet ini diperlukan dalam aktiviti masyarakat setempat, khususnya bagi proses mencari ilmu, berniaga, urusan peribadi dan sebagainya,” kata Jalaludin.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi telah meminta KKDW mengenal pasti kawasan-kawasan Orang Asli untuk pemasangan peranti satelit Starlink (internet).

“Diharapkan ia dapat direalisasikan agar masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus perdana masa kini dan masa depan.

“Impian saya agar dapat melihat kehidupan masyarakat luar bandar sentiasa dalam keadaan selesa, harmoni dan tidak ketinggalan berbanding masyarakat di kawasan bandar,” ujar Jalaluddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button