Aktiviti

Sungai Lui: Tujuh asnaf disantuni Zainal Fikri

SUNGAI LUI: Pejabat Penyelaras DUN Sungai Lui telah mengadakan program menyantuni asnaf, pesakit yang uzur dan warga emas.

Dalam program anjuran bersama MPKK Kampung Baru Air Hitam, MPKK Kampung Dusat, Masjid Kariah Air Hitam dan PKD Air Hitam ini; seramai tujuh keluarga telah diziarahi di Kampung Baru Air Hitam.

Penyelaras DUN Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir menyerahkan sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur.

“Semoga sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mereka.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan terus berbakti kepada masyarakat serta memupuk sikap peduli kepada komuniti sekeliling,” kata Zainal Fikri.

Show More

Related Articles

Back to top button