Aktiviti

Suri rumah kurang berkemampuan dapat caruman KWSP dari Kerajaan Negeri

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menyampaikan slip bayaran caruman i-Suri kepada sebahagian pengerusi MPKK di DUN Seri Menanti untuk disampaikan pula kepada suri rumah yang layak di kampung masing-masing.

“Semua suri rumah serta ibu tunggal Negeri Sembilan yang berdaftar di dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) kini mempunyai akaun KWSP melalui Skim i-Suri.

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang mencarum sebanyak RM5 setiap bulan kepada akuan simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif KWSP yang berjumlah RM45 setiap bulan.

“Setiap pencarum juga layak mendapat manfaat sebagai ahli KWSP seperti bantuan khairat kematian dan juga dividen tahunan.

“Semoga bantuan yang diberikan ini dapat membantu golongan suri rumah dan ibu tunggal khususnya daripada golongan yang kurang berkemampuan di usia tua kelak,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button