ADUNBerita

Aminuddin santuni pesakit stroke

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah turun padang bagi menyantuni seorang pesakit stroke di Taman Pulai, Sikamat.

Aminuddin berkata, pesakit merupakan Puan Habriyah iaitu isteri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sikamat.

“Dalam lawatan tersebut, saya turut memberikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

“Saya mendoakan supaya mereka diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button