BeritaMenarikProgram

Syukur elaun Bilal dinaikkan kepada RM500

Kenaikan dapat menampung perbelanjaan bulanan

RAMADHAN: Rata-rata bilal masjid dan surau yang ditemuramah Negeri Kita menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar Negeri Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas kenaikkan elaun.

Encik Othman Derahman, 68, berkata, selama lapan tahun beliau menjadi bilal, elaun bulanan yang diterima hanya RM200 sahaja.

“Alhamdulillah pada tahun 2019, Dato’ Seri Aminuddin telah menaikkan elaun Bilal menjadi RM500 sebulan.

“Saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Kenaikan elaun ini dapat membantu saya dan isteri saya bagi menampung perbelanjaan bulanan,” ujar Othman.

Bilal di Masjid Kampung LBJ, Labu, Romzi Mohamad Yaacob

Mohd Romzi Mohamad Yaacob, 55, bertugas sebagai Bilal di Masjid Kampung LBJ, Labu sejak enam tahun lepas.

“Saya pada asalnya menerima elaun RM200 sebulan.

“Alhamdulillah Menteri Besar yang baharu, Dato’ Seri Aminuddin telah menaikkan elaun Bilal kepada RM500 sebulan,” ujarnya.

Othman dan Mohd Romzi berharap sekiranya Menteri Besar dan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan kenaikan elaun Bilal sekali lagi memandangkan kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” kata Othman.

Show More

Related Articles

Back to top button