Berita

TABAH NS sumbang biskut raya kepada asnaf

Inisiatif yang turut merangsang kumpulan usahawan belia

SEREMBAN: Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH NS) telah menyerahkan sumbangan 200 pek makanan ‘Bakul Rakyat’ yang berupa produk Usahawan Belia Negeri Sembilan.

Pengerusi TABAH NS, YBhg Encik Norfitri Mohd Din menyerahkan sumbangan tersebut kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun di perkarangan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Program BAKUL RAKYAT adalah salah satu usaha yang dilakukan TABAH dengan mengenalpasti usahawan – usahawan belia yang menghasilkan produk makanan sempena hari raya seperti kuih, kerepek, biskut dan lain-lain.

“Sebanyak 1,000 unit pelbagai produk makanan berjaya dikumpulkan. Produk ini dibungkus menjadi 200 pek untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal bagi merangsang kumpulan usahawan belia untuk meneruskan usaha mereka walaupun terpaksa berdepan situasi COVID-19,” kata Encik Norfitri.

Dato’ Seri Aminuddin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TABAH NS di atas sumbangan tersebut.

“Insyah Allah semua sumbangan pastinya akan memberikan sinar kegembiraan kepada asnaf yang menerima sumbangan ini menjelang sambutan Aidil Fitri nanti,” ujar beliau.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Sembilan,  YB Dato’ Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani.

 

#DudukGhumahOntokOntok
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button