Berita

Rumah Sejahtera bantu warga emas elak kemurungan

SEREMBAN: Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, Malaysia perlu membuat persediaan untuk menghadapi penuaan pada tahun ini.

“Rumah Sejahtera merupakan idea yang bagus untuk warga emas. Mereka boleh berkumpul dan berbual dengan kawan-kawan.

“Hal ini dapat mengelakkan warga emas mengalami kemurungan,” ujarnya.

Nicole Tan berkata, di negara Jepun juga ada tempat seperti Rumah Sejahtera untuk warga emas menjalankan aktiviti seharian.

“Saya mengesyorkan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah lebih proaktif untuk menangani masalah negara menua ini.

“Adakan satu dasar yang jelas dan mampan.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan teruskan usaha untuk memberi kesedaran awam dan latihan penjagaan warga emas melalui PH GEM.

“Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan kursus TVET bagi penjagaan warga emas,” kata beliau.

Nicole Tan berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Ke-75 Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia, Cawangan Negeri Sembilan di Pusat Jagaan Warga Emas dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sikamat, Negeri Sembilan.

Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia, Cawangan Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1949. Tujuan penubuhan ini adalah untuk menguruskan enam buah Rumah Sejahtera (Rumah Orang Tua) di Negeri Sembilan.

Nicole Tan turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia, Cawangan Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti pada masa akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button