Berita

Kerajaan Negeri sahut hasrat Kerajaan Persekutuan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sahut hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri ini terjamin.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, oleh hal yang demikian Kerajaan Negeri telah mengunjurkan sebanyak RM20 juta bagi menjalankan pelan tersebut.

“Daripada dana tersebut, kami dapat membantu untuk membangunkan tanah terbiar yang terdapat di Negeri Sembilan.

“Hal ini bagi memastikan industri penternakan, sawah padi dan petani turut mendapat manfaat.

“Selain dapat mengekalkan bekalan makanan di negeri ini.

“Ia juga turut dapat memberikan kelebihan untuk membesarkan kawasan penanaman padi supaya jumlah yang lebih banyak dapat dikeluarkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button