Berita

Karnival Jom Latih Madani beri impak positif buat rakyat Negeri Sembilan

SEREMBAN: Karnival Jom Latih Madani memberikan impak yang positif buat rakyat Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, karnival tersebut memberi pendedahan kepada masyarakat setempat untuk mengeksplorasi pelbagai bidang daripada pendidikan sehingga bantuan sosial.

“Hal ini kerana perlaksanaan karnival ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melawat pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan kementerian serta institusi pendidikan.

“Saya berharap agar karnival ini membantu rakyat negeri ini untuk meneroka bidang baharu.

“Dalam masa sama, Menteri Sumber Manusia, YB V.Sivakumar turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf, sumbangan komputer riba kepada pelajar cemerlang SPM serta sumbangan kepada rumah ibadat bukan Islam.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima dan meringankan beban mereka,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button