BeritaProgram

BAJET 2022: Negeri Sembilan perkenal Khairat Kematian MPKK

Bantuan kecemasan RM2,000 dan RM6,000

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu iaitu takaful Khairat Kematian Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, menerusi skim ini, waris ahli MPKK akan menerima bantuan kecemasan serta merta sebanyak RM2,000 bagi kematian biasa dan RM6,000 sekiranya disebabkan oleh kemalangan.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), barisan hadapan yang sentiasa bertungkus lumus membantu Kerajaan Negeri mengenal pasti dan mengagihkan bantuan makanan asas kepada golongan yang terjejas khususnya mereka yang dalam tempoh kuarantin adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa MPKK.

“Merekalah hero yang tidak didendang yang sanggup meredah hujan malam menghantar bantuan dari rumah ke rumah walaupun sedar diri mereka turut berhadapan risiko jangkitan.

“Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin barisan hadapan ini, sukacita saya umumkan satu lagi inisiatif baharu iaitu caruman takaful Khairat Kematian MPKK kepada seramai 13 Ahli Jawatankuasa bagi 433 MPKK dengan peruntukan sebanyak RM250 ribu,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button