BeritaMenarik

Lima tahun dimanfaatkan memartabatkan agenda rakyat: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tempoh lima tahun telah dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan agenda rakyat terus dimartabatkan.

“Di samping berusaha meletakkan Negeri Sembilan pada satu kedudukan yang baik.

“Selama tempoh itu juga saya bersama barisan pentadbiran Kerajaan Negeri telah membawa Negeri Sembilan dengan tema Bersih, Muafakat dan Sejahtera.

“Sebanyak 97 peratus manifesto telah berjaya dilaksanakan sehingga hari ini.

“Hanya tawaran mengenai Cuti Khas tujuh hari bekerja untuk kakitangan Kerajaan Negeri bagi kematian ahli keluarga terdekat sahaja tidak dapat dilaksanakan.

“Hal ini adalah kerana terdapat kemuhan sedia ada seperti cuti tanpa rekod 30 hari.

“Walau bagaimanapun, permohonan ini pernah diangkat untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2019 tetapi telah ditolak,” kata Aminuddin.

Itu antara usaha dan kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam tempoh 2018 sehingga 2023.

Show More

Related Articles

Back to top button