Berita

Jalan baru Temiang – Pantai kini dibuka

SEREMBAN: Pengguna jalan raya khususnya dari arah Seremban Utara yang ingin ke Kuala Klawang atau Jelebu, kini mempunyai jalan alternatif yang akan memendekkan masa perjalanan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan jalan ini akan memudahkan rakyat dan memendekkan tempoh perjalanan.

“Projek ini dilaksanakan dengan kaedah perolehan secara reka dan bina dengan harga kontrak sebanyak RM181,541,571 kepada kontraktor Lapangan Kota Sdn. Bhd.

“Projek ini telah disiapkan pada 23 Julai 2021, awal 17 hari dari tarikh kontrak asal.

“Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru mengikut Standard JKR R5 seperti berikut:

  1. Pembinaan jalan baru empat lorong dua hala sepanjang 1.60 kilometer;
  2. Pembinaan jalan baru dua lorong dua hala sepanjang 5.84 kilometer;
  3.  Tiga buah jambatan;
  4.  Satu persimpangan bulatan;
  5. Satu persimpangan di Jalan Pantai, FT86;
  6. Penstabilan cerun; dan
  7. Kerja-kerja elektrik (pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat).

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button