BeritaProgram

Bantuan Hari Raya mampu tingkatkan prestasi Ahli Majlis Daerah

SEREMBAN: Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah, Encik Hazman Hashim berkata, Bantuan Khas Kewangan (BKK) Hari Raya Aidilfitri akan menjadi rangsangan kepada Ahli Majlis Daerah untuk meningkatkan prestasi kerja.

“Saya rasa gembira apabila menerima BKK Hari Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang memberikan perhatian kepada pengerak di peringkat pihak berkuasa tempatan.

“Ini akan memberi semangat kepada Ahli Majlis Daerah khususnya di Kuala Pilah dan di Negeri Sembilan agar kerja lebih kuat pada masa akan datang.

“Apatah lagi pada tahun ini BKK dinaikkan menjadi RM1,000 berbanding RM600 pada tahun lalu,” kata Hazman.

Zaifuddin Alias yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah mengucapkan terima kasih kepada Aminuddin yang menaikkan BKK pada tahun ini kepada RM1,000.

“Ini tahun kedua Ahli Majlis Daerah menerima BKK.

“Pada tahun lepas dapat RM600. Tahun ini dapat RM1,000.

“Terima kasih kepada Menteri Besar (Aminuddin),” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button