Aktiviti

Tahun Baru Cina: Aminuddin dan Loke santuni 300 keluarga Tionghua

SIKAMAT: Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada hari Jumaat ini; Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook telah menyantuni 300 keluarga Tionghua di Kampung Seri Sikamat dan kawasan sekitarnya.

Aminuddin dan Loke berkata, mereka telah menyampaikan sumbangan kewangan (Ang Pow), barangan keperluan asas dan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua yang kurang berkemampuan.

“Pada tahun ini sumbangan dihantar terus ke rumah para penerima dengan mematuhi SOP yang ketat, tidak seperti pada tahun-tahun sebelumnya apabila kita mengadakan majlis penyerahan secara besar-besaran.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini meringankan beban kewangan penerima sumbangan dan menceriakan sambutan Tahun Baru Cina dalam situasi menghadapi pandemik Covid-19,” ujar Aminuddin dan Loke.

Aminuddin merupakan ADUN Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button