Aktiviti

Palong: Taklimat PH GEM dapat sambutan hangat

Rebin menyeru wanita Palong rebut peluang yang ditawarkan PH GEM

PALONG: Taklimat Program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Palong telah mendapat sambutan hangat di kalangan golongan wanita, terutamanya yang tinggal di sekitar DUN Palong dan Jempol.

Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, pada peringkat awal sasaran yang ditetapkan adalah seramai 30 orang, namun pada sesi taklimat tersebut lebih 60 peserta hadir di Balai Raya Felda Palong 4.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penyelia PH GEM, Puan Navamalar Balakrishnan, sarat dengan ilmu dan bertujuan memperkasakan wanita di Negeri Sembilan yang pastinya akan dimanfaatkan oleh wanita Palong dan Jempol.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, kerana memperuntukkan dana yang besar untuk program PH GEM bagi tujuan memperkasakan wanita.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Penyelia PH GEM Kuala Pilah, Puan Azlinah Zamli yang sudi merasmikan program.

“Objektif penubuhan PH GEM adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkasakan wanita bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka.

“Justeru, saya berharap agar wanita khususnya di DUN Palong menggunakan peluang keemasan ini dengan menyertai program PH GEM untuk terus maju pada masa akan datang,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button