Berita

Taklimat Program Imunisasi COVID-19 untuk semua ADUN,” Aminuddin

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mengadakan sesi taklimat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju untuk mengadakan satu taklimat dengan ADUN di Negeri Sembilan.

“Taklimat tersebut bagi berkongsi maklumat berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kerajaan Negeri yakin bahawa taklimat tersebut dapat memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat.

“Taklimat tersebut dijangka akan diadakan di Dewan Undangan Negeri kerana dewan tersebut telah dilengkapi dengan penghadang cermin bagi mengelakkan penyebaran virus COVID-19,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button