Taman Negeri Kenaboi dibuka Julai ini
SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM30,000 untuk membaikpulih sistem air, tapak perkhemahan dan kemudahan lain di Taman Negeri Kenaboi yang terjejas akibat banjir besar pada tahun lalu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Taman Negeri tersebut merupakan pusat eko-pelancongan yang menawarkan pelbagai tarikan semulajadi seperti air terjun yang bersih serta keindahan alam flora dan fauna.
“Walaupun begitu, saya mengingatkan para pengunjung agar berhati-hati apabila melalui jalan masuk ke Taman Negeri kerana telah menjadi sempit akibat banjir sebelum ini.
“Saya berharap pengunjung Taman Seri Kenaboi agar sentiasa menjaga kebersihan.
“Hal ini kerana, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar bersih dan selesa untuk orang ramai,” ujar Aminuddin.
Kredit foto: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan