Berita

TAMPIN: 600 keluarga terkesan akibat Covid-19 terima bekalan makanan

TAMPIN: Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah dengan kerjasama Persatuan Food Bank Tampin telah mengagihkan lima jenis sayur-sayuran dan buah-buahan kepada warga Tampin yang terkesan dengan Covid-19.

ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, konsep Food Bank adalah menyelamatkan lebihan makanan yang dibazirkan yang masih elok dan selamat untuk dimakan. Sekiranya makanan tersebut diselamatkan, ianya dapat diagihkan secara efektif kepada golongan yang memerlukan sumber makanan seharian.

“Persatuan Food Bank Tampin memainkan peranan penting dan menyokong usaha Kerajaan Negeri Sembilan mengurangkan kadar kemiskinan dan kebuluran makanan di Negeri Sembilan.

“Melalui sumbangan ini, kita dapat memberikan bekalan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti serta susu dan ia boleh menjimatkan perbelanjaan mereka.

“Seramai 600 keluarga telah menerima sumbangan bekalan makanan ini dari Persatuan Food Bank Tampin,” kata Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, sumbangan makanan ini diagihkan melalui sukarelawan Unit Tindakan DAP DUN Repah, MPKK dan KRT.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Food Bank Tampin, terutama Presidennya Encik Chua Kar Chin yang turut sama membantu orang ramai semasa pandemik Covid-19 ini,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button