Berita

Tanah runtuh: Pejabat ADUN Sikamat dan MBS pantas bertindak

Tindakan susulan sedang diusahakan

SIKAMAT: Penyelaras Pusat Khidmat DUN Sikamat, Encik Fakhrul Radzi Md Zin menerima satu laporan kejadian tanah runtuh dari seorang penduduk Taman Sri Pulai 1, Encik B.Kunalan pada 01 Jun 2020.

Justeru, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Roslan Hassan dan juga wakil MPKK Kampung Merbah, Encik Md Noor Samhudi telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya difahamkan runtuhan tersebut telah berlaku pada 13 Mei 2020 dan pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“MBS telah pun melantik kontraktor untuk melakukan baik pulih.

“Namun, disebabkan cuaca yang tidak menentu, setiap hari runtuhan tersebut semakin besar sehingga sampai ke bahagian dapur rumah Kunalan.

“Pihak Unit Kejuruteraan MBS telah maklum akan perkara tersebut dan pegawai dari MBS telah pun datang melawat tempat kejadian dan tindakan susulan sedang diusahakan bagi membaiki runtuhan tersebut secepat mungkin.

“Diharapkan Kunalan bersabar dengan musibah yang melanda dan tindakan susulan akan dibuat dari masa ke semasa,” jelas Roslan.

Show More

Related Articles

Back to top button