Berita

Tanaman Nanas ‘Crystal Honey’ berpotensi untuk diperkembangkan

LENGGENG: Tanaman nanas ‘Crystal Honey’ berpotensi untuk diperkembangkan dan dipasarkan ke pasaran tempatan khususnya di Negeri Sembilan; kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir.

Bakri telah mengadakan lawatan ke tapak tanaman nanas kepunyaan Encik Mohd Don Samian di Lenggeng.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan tanaman dan mengenalpasti keperluan yang boleh dibantu oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan.

“Encik Mohd Don menanam nanas jenis ‘Crystal Honey’ dan dipasarkan ke pasaran tempatan khususnya Negeri Sembilan.

“Jabatan Pertanian Negeri Sembilan akan membantu Mohd Don dan pengusaha nanas lain di dalam mengembangkan hasil tanaman mereka dengan melihat keperluan dan membantu petani dalam aspek yang berkaitan,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Turut hadir Pegawai Pertanian Daerah Lenggeng, Encik Hamizan dan Wakil Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan, Encik Muiz.

Show More

Related Articles

Back to top button