Berita

Taufek santuni penjaja kecil, serah sumbangan kewangan

PAROI: Seramai 15 penjaja kecil dari DUN Paroi telah mendapat manfaat menerusi Program Bantuan Harapan Negeri Sembilan “Jom Bantu Penjaja”.

ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, beliau telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada 15 penjaja kecil di sekitar DUN Paroi.

“Kita bayar sejumlah wang kepada penjaja. Penjaja pula akan mengagihkan makanan yang dijual seperti nasi lemak, mee goreng dan kuih muih kepada penduduk sekitar secara percuma.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperkenalkan program ini bagi membantu penjaja kecil menambah hasil jualan mereka, di saat perniagaan mereka terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” kata beliau.

Mohamad Taufek yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan berkata, program ini juga diperkenalkan bagi memberi semangat dan galakan kepada penjaja kecil agar terus bersemangat menjalankan perniagaan.

“Selain itu program ini juga membolehkan wakil rakyat kawasan menyantuni golongan penjaja kecil yang merupakan salah satu komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan,” jelas Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button