Aktiviti

Temiang: Chin Tsai bantu 300 keluarga miskin setiap bulan

TEMIANG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Temiang telah melancarkan Program Menyumbang Barang Keperluan Asas kepada penduduk yang miskin dan warga emas.

Menurut ADUN Temiang, Ng Chin Tsai, pihaknya akan menyediakan 300 set barangan keperluan asas kepada warga tua yang miskin dan berpendapatan rendah di kawasan DUN Temiang setiap bulan

“Setiap bulan, 300 keluarga yang terpilih ini akan menerima sumbangan barang keperluan asas.

“Bantuan ini dihulurkan kepada lapisan masyarakat yang kurang mampu dan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Program ini sebenarnya dilancarkan pada bulan Julai lepas dan akan dilanjutkan sehingga bulan Disember ini,” jelas Chin Tsai.

Chin Tsai berkata, program ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Penganut Dewa Then Sze Seremban, Kelab Muhibbah Kawasan Taman Desa Temiang serta Persatuan Sukan dan Kebajikan Masyarakat Seremban.

“Persatuan NGO ini amat bersetuju bahawa program sebegini harus dipergiatkan dan dijalankan dengan lebih kerap bagi membantu golongan yang kurang mampu.

“Program ini juga dijalankan untuk membantu golongan yang pendapatannya terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19,” ujar Chin Tsai.

Show More

Related Articles

Back to top button