Berita

Teo: 177 peserta Gatco sudah terima hak milik tanah

Seramai 38 peserta terima hak milik pagi ini di bawah Fasa 2

JEMPOL: Seramai 177 peserta Gatco (kini dikenali Kampung Serampang Indah) sudah pun menerima hak milik tanah (geran) dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan; kata Exco Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong.

Teo berkata, secara keseluruhannya sehingga hari ini, seramai 177 peserta Gatco telah menerima hak milik tanah seluas empat ekar dan dua ekar mengikut kelayakan masing-masing.

“Pada hari ini seramai 38 peserta Gatco telah menerima hak milik tanah.

“Saya ingin menafikan tohmahan kononnya Kerajaan Negeri telah mungkir janji berkenaan pemberian lapan ekar tanah untuk setiap peserta Gatco.

“Hal ini sebenarnya tidak pernah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri.

“Malah Kerajaan Negeri telah berusaha membantu peserta Gatco mendapatkan hak milik tanah ladang secara percuma melalui rundingan dengan Syarikat Thamarai Holdings Bhd,” kata Teo.

“Jangan terpengaruh dengan pihak ketiga,” Teo¬†

Teo berkata demikian, mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Kampung Serampang Indah (Gatco) Fasa 2 di Pejabat Daerah Jempol.

“Tentu peserta Gatco masih ingat bahawa sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah memutuskan tanah ini secara keseluruhannya adalah milik syarikat Thamarai yang telah berjaya dalam lelongan pajakan tanah ini apabila syarikat GATCO digulung.

“Peserta Gatco diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh dan menonjolkan diri sebagai ‘hero’ dengan mengetengahkan isu Gatco, walaupun hakikatnya mereka tidak mampu untuk menyelesaikannya.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para penduduk Kampung Serampang Indah (Gatco) untuk memanfaatkan sebaiknya tanah yang diperoleh kerana tuan dan puan telah berjuang sekian lama untuk memperolehi tanah ini,” ujar Teo lagi.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ M.Ravi.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani; Exco Luar Bandar, YB Ismail Ahmad; Exco Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB S.Veerapan dan Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Mokhtar Ahmad; Pegawai Daerah Jempol, Encik Syahrul Nizam Saleh; Timbalan Ketua Eksekutif II Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Puan Rusmimah Mat Derus dan CEO Tamarai Holdings, Dato’ Ramalingam.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button