Berita

Teo: Broga Orchard Hill bakal jadi tarikan pelancong

Sebuah dusun buah-buahan tempatan

LENGGENG: Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong bersama ADUN Lenggeng, YB Suhaimi Kassim telah melawat sebuah dusun durian Broga Orchard Hill.

Menurut Teo, Broga Orchard Hill merupakan kawasan ecotourism lebih kurang 7 ekar yang mempunyai lapan jenis tanaman durian.

“Broga Orchard Hill merupakan salah satu tempat yang berpotensi dimajukan sebagai pusat pelancongan Agro Wellness.

“Saya percaya dusun durian ini mampu menarik kedatangan pelancong.

“Kerajaan Negeri akan cuba membantu pengusaha dusun tersebut supaya dusun tersebut boleh beroperasi dengan secepat yang mungkin,” kata YB Teo Kok Seong.

Teo berkata, apabila dusun durian tersebut mula beroperasi, beliau percaya ia dapat membantu ekonomi setempat dan akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button