
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan yang beragama Hindu.
Untuk tahun ini kita terpaksa menyambut Deepavali dengan norma yang baru dan saya memohon kepada semua agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan.
Yang penting di mana sahaja kita berada, amalkan pemakaian pelitup muka (mask) dan amalkan penjarakan sosial.
Saya merayu sila beri kerjasama kepada pihak kerajaan dan ‘frontliner’ dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19.
Selamat Hari Deepavali.
YB Teo Kok Seong
Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau,
Pengerusi Majlis Pakatan Harapan Jempol.
14 November 2020