Berita

Teo: Masalah lif rosak Flat Templer bakal berakhir

Kerja penggantian 4 unit lif sedang berjalan

SEREMBAN: Masalah lif yang sering kali rosak dan berlarutan sejak tujuh tahun lepas, akan berakhir tidak lama lagi.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong turun padang ke Rumah Pangsa Templer untuk meninjau kerja penggantian lif tersebut.

Teo berkata, kos bagi penggantian lif ini adalah berjumlah RM2 juta di mana 4 lif akan diganti baru dengan kos setiap unit berjumlah RM500,000.

“Bagi memastikan penggunaan lif tidak terjejas, kerja-kerja pengantian akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Lif rumah pangsa ini telah digunakan selama hampir 55 tahun dan tidak pernah diganti baru dan alat-alat ganti bagi model lif ini sukar untuk diperolehi sehingga memerlukan fabrikasi khas.

“Ini menyebabkan proses pembaikkan kerosakan lif mengambil masa yang lama.

“Kerosakan juga sering berlaku dan penduduk sering terperangkap dalam lif akibat kapasiti muatan lebihan.

“Masalah ini telah berpanjangan sejak tujuh tahun lepas tanpa penyelesaian yang konkrit dan menyeluruh, kata Teo.

Turut hadir, ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong dan Setiausaha Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri, Encik Mohd Fazli Abdul Jalil.

Show More

Related Articles

Back to top button