Berita

Teo: MPKK harus menjadi jurucakap dasar Kerajaan Negeri

MPKK harus berkhidmat tanpa mengira ideologi politik penduduk kampung

JEMPOL: ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong menyeru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi penyampai maklumat agar masyarakat lebih memahami dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“MPKK memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan mesej dari Kerajaan Negeri, selain daripada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“MPKK tidak perlu berasa risau walaupun kerajaan pusat telah bertukar.

“Kerajaan Negeri akan terus membantu MPKK dalam segi pengurusan dan aktiviti,” kata Teo dalam Majlis Perjumpaan MPKK Bersama Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di Bandar Seri Jempol.

Teo juga mengingatkan MPKK supaya berkhidmat untuk penduduk kampung tanpa mengira latar belakang idelogi politik mereka.

“Walaupun mereka adalah penyokong parti lawan, tetapi jika mereka memerlukan bantuan atau perkhidmatan, MPKK harus berkhidmat dan membantu mereka,” kata Teo yang juga Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru.

Foto: Kent

Show More

Related Articles

Back to top button