Aktiviti

Teo sumbang pelitup muka dan RTK Antigen kepada 10 sekolah

JEMPOL: ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong menyampaikan sumbangan pelitup muka dan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 kepada 10 buah sekolah di Daerah Jempol.

“Sekolah yang menerima sumbangan ini ialah Sekolah Menengah Bahau, Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad, Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Kebangsaan St. Aiden Bahau, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang St.Helier, SJKT Ladang Bahau, SJKT Ladang Geddes, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Ladang Geddes, SJKC Kg Baru Mahsan dan SJKC Chi Sin, Batu Kikir.

“Di harapkan sumbangan pelitup muka dan RTK Antigen Covid-19 ini dapat membantu pihak sekolah dalam mengawal gejala Covid-19.

“Saya juga mendoakan supaya anak-anak pelajar di Sekolah ini dilindungi daripada wabak Covid-19,” kata Teo.

Turut hadir Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu semasa majlis penyerahan di SJKT St.Helier dan SJKT Ladang Bahau.

Show More

Related Articles

Back to top button