Aktiviti
Tiga individu kurang bernasib baik terima sumbangan kewangan dari Saiful


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah memberi sumbangan kewangan kepada tiga individu kurang bernasib baik di DUN Sungai Lui.
Saiful berkata, mereka yang menerima sumbangan tersebut adalah Puan Savithri, Puan Khatijah dan Encik Abdul Rahman.
“Puan Savithri baru sahaja kehilangan ibunya.
“Manakala, Puan Khatijah menghidap sakit strok dan Encik Abdul Rahman menghidap sakit batu karang.
“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan dapur kepada mereka.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat mengurangkan beban mereka,” kata Saiful.