Berita

Tiga OKU dan lapan pesakit terlantar terima suntikan vaksin

GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas dan Pejabat Ahli Parlimen Tampin dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Tampin telah mengadakan program vaksinasi bergerak di Kampung Londah dekat sini.

Siti Aishah berkata, walaupun hampir 80 peratus penduduk Gemas telah menerima vaksin, namun ada golongan yang belum menerima vaksin kerana menghadapi kesukaran untuk pergi ke pusat pemberian vaksin berdekatan.

“Pasukan Pemberian Vaksin Bergerak Tampin yang dianggotai seorang pegawai perubatan dan dua jururawat kanan telah memberikan vaksin kepada golongan OKU dan pesakit terlantar, dari rumah ke rumah.

“Seramai tiga OKU dan lapan pesakit terlantar yang terdiri dari warga emas telah menerima suntikan vaksin.

“Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kampung Londah, Dato’ Nika Raja Roslizam kerana membantu melancarkan program pemberian vaksin secara bergerak ini,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Tampin, YB Hasan Baharom dan Jabatan Kesihatan Daerah Tampin yang menjayakan program pemberian vaksin bergerak.

“Terima kasih kepada Dr.Ammar, SN Mazni Abd Hamid, SN Siti Nadzirah Gazali dan Encik Khairi Anuar kerana memudahkan urusan pemberian vaksin dari rumah ke rumah,” ujar Siti Aishah lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button