Berita

Lokasi rekreasi berisiko tinggi ditutup: AMINUDDIN

SEREMBAN: Semua lokasi rekreasi yang berisiko tanah runtuh ataupun kejadian kepala air di negeri ini telah ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dengan mengambil kira keadaan cuaca ketika ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan lokasi percutian di kawasan bukit dan hutan yang mempunyai risiko ditutup.

“Alhamdulillah ramai yang patuh dan kita juga tutup kawasan yang melibatkan air sungai dan air terjun,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata ada permintaan daripada persatuan-persatuan berkaitan eco-pelancongan yang menyediakan perkhemahan untuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian di kawasan berhampiran sungai, air terjun dan berbukit.

“Setakat hari ini, kita di peringkat persekutuan dan negeri tidak ada agensi yang memantau namun kita telah minta Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan untuk semak undang-undang kecil yang ada untuk kita laksanakan dan selaraskan SOP itu supaya industri ini dapat kita jaga,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button