Berita

Tiga warga emas sakit kronik terima sumbangan kerusi roda dari Ravi

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi menyumbang kerusi roda kepada tiga warga emas yang menghidapi penyakit kronik di Kampung Gelam.

Penerima tersebut ialah Encik Gan Chai, 68, yang sakit saraf; Puan Mohmina Bibi E.S Wahap, 63, menghidapi penyakit Arthiritis dan sakit jantung; manakala Encik Runggasamy, 75, menghidapi penyakit kencing manis.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini akan memudahkan pergerakan mereka tanpa bantuan ahli keluarga,” kata Ravi.

Sementara itu di Taman Indah Jaya Lukut, Ravi menyumbang RM1,200 kepada Puan Malika Dharmalingam untuk pembelian sepasang kasut khas kesihatan untuk anak beliau bernama Pavin Mageswaren yang berumur 7 bulan.

“Pavin dilahirkan dengan kaki bengkok dan memerlukan kasut khas kesihatan tersebut untuk proses pemulihan kaki.

“Saya mendoakan, Adik Pavin boleh berjalan dengan normal seperti kanak-kanak lain,” ujar Ravi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahmat; Setiausaha MPKK Kampung Gelam, Encik Ganesan; Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Lionel Perera dan Encik M.Shanmugam.

Show More

Related Articles

Back to top button