Berita

Aminuddin santuni masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun beramah mesra dengan masyarakat Tionghua di DUN Sikamat sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya mengagihkan sumbangan kewangan (Angpau) dan limau Mandarin kepada masyarakat Tionghua khususnya golongan warga emas dan kanak-kanak.

“Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambutnya.

“Semoga perayaan pada tahun ini disambut dengan cukup meriah dan gembira,” ujar Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Turut hadir, Bendahari KeADILan Negeri Sembilan, Dato’ Sim Keng Piao dan Ketua Cabang KeADILan Seremban, Dato’ Nazri Kassim.

Show More

Related Articles

Back to top button