Aktiviti

Tiga warga emas uzur dapat perhatian Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menziarahi tiga orang warga emas yang uzur di Felda Palong 2.

“Sumbangan wang tunai dan pek makanan telah diberi kepada mereka.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan kos perbelanjaan mereka,” kata Musliadi.

Musliadi turut mengingatkan kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa agar menjaga mereka dengan baik.

“Allah memerintahkan hamba-Nya agar sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati mereka selagi tidak bercanggah dengan syarak.

“Hal ini kerana, mereka telah mencurahkan bakti kepada kita dengan mengorbankan masa, tenaga dan harta,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button