Berita

Trans Naning tarik pendaki antarabangsa

TAMPIN: Acara Pendakian Trans Naning berjaya menarik 416 pendaki dari Malaysia dan 20 peserta dari Jerman, Korea Selatan, Jepun, Australia, India, Thailand dan Singapura.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, penganjuran Trans Naning amat signifikan memandangkan Tampin merupakan daerah yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.

“Peserta akan mendaki Banjaran Titiwangsa yang merupakan banjaran terpanjang di Malaysia

“Tahniah kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan yang berkolaborasi dengan Majlis Daerah Tampin serta Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Ultra Sports Adventure yang turut memainkan peranan dalam menjayakan program bertaraf antarabangsa ini.

“Semoga program seperti ini dapat dianjurkan lagi kerana dapat menarik ramai pelancong luar negara untuk datang ke Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu:

i. Legend (170 kilometer)

ii. Elite (136 kilometer)

iii. Challenger (102 kilometer)

iv. Ultra (68 kilometer)

v. Classic (34 kilometer)

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button